BANTUAN, KEBAJIKAN & KEMUDAHAN
eKasih merupakan Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) untuk merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan di Malaysia. Fungsi utama eKasih: Pangkalan data kemiskinan Menyimpan maklumat individu dan isi rumah berpendapatan rendah (miskin dan miskin tegar) Rujukan Agensi Pemberi Bantuan Digunakan oleh pelbagai kementerian dan agensi untuk menyalurkan bantuan Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua isi Rumah (KIR)? Ketua isi Rumah (KIR) adalah individu dalam kalangan ahli isi rumah yang bertanggungjawab terhadap ahli isi rumah di dalam sesebuah tempat kediaman. Siapa yang Layak? Mereka yang berpendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan KIR mestilah warganegara Malaysia. Sekiranya anda merupakan individu ataupun keluarga yang layak, anda boleh mendaftar melalui cara berikut: Hadir ke Pejabat ICU JPM Negeri atau Pejabat Daerah untuk tujuan pendaftaran ATAU 2. Melalui: Pemimpin Tempatan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Semakan pendaftaran Anda boleh menyemak kelulusan pendaftaran eKasih secara dalam talian: Apakah jenis bantuan yang diterima dan bila saya boleh menerima bantuan? Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan diberikan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing. Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenalpasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada: Profil terkini Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
NACCOL atau Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebagai platform utama nasional untuk menyelaras dasar, inisiatif dan tindakan bersepadu dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. Antara tanggungjawab NACCOL: Membangunkan dasar, strategi dan pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup Mengenal pasti isu, masalah dan cabaran yang komprehensif berkaitan dengan peningkatan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Menyelaras pelaksanaan dasar dan program daripada pelbagai kementerian dan agensi bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Memantau dan memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi setiap usaha kluster dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat Rujukan: NACCOL
Portal Ihsan MADANI merupakan sebuah platform sehenti digital yang dibangunkan untuk menyampaikan maklumat berkenaan bantuan kebajikan berkaitan kos sara hidup rakyat yang dibangunkan di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL). Portal ini mengandungi inisiatif dan bantuan merentasi pelbagai kementerian, kerajaan negeri, jabatan dan agensi. Antara fungsi utama portal: Carian bantuan mengikut profil pengguna Pengguna boleh menyemak kelayakan awal terhadap bantuan tertentu berdasarkan maklumat peribadi asas. Anda boleh menyemak pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif mengikut profil diri anda di Portal Ihsan MADANI: Carian bantuan mengikut kategori Bantuan boleh dicari mengikut kategori seperti pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan dan utiliti. Maklumat berkaitan inisiatif/ bantuan Ringkasan tentang pengenalan inisiatif, kumpulan sasar, syarat, kadar bantuan, agensi pelaksana serta pautan terus ke permohonan:
Terdapat dua kaedah untuk memohon bantuan JKM: Permohonan secara manual Permohonan bantuan kewangan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan di seluruh negara Permohonan secara Dalam Talian Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian ( means-tested ) bagi mengesahkan kelayakan bantuan Pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan: Salinan kad pengenalan diri pemohon Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal bersama Salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan
